Animasi Omar & Hana terbitan Digital Durian amat digemari dalam kalangan penonton kanak-kanak.

DALAM tempoh enam bulan dilancarkan, sejak Julai 2020, saluran YouTube Arab siri animasi popular, Omar & Hana berjaya merekodkan lebih 100,000 langganan.

Pencapaian yang raih oleh Digital Durian dengan usaha sama Astro itu amat membanggakan kerana lebih 20 juta jam masa tontonan dicatat dan ini membuktikan jenama Omar & Hana mendapat sambutan hangat di persada antarabangsa.

Berdasarkan kaji selidik Digital Durian yang melibatkan golongan ibu bapa kepada peminat Omar & Hana, terdapat permintaan untuk kandungan yang berasaskan Islam oleh ibu bapa dari rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA – Middle East and North Africa).

Saluran YouTube Arab kisah Omar & Hana mendapat sambutan hangat sejak disiarkan enam bulan lalu.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) tersenarai dalam 10 negara yang berminat dengan Omar & Hana YouTube versi bahasa Inggeris.  Dengan data statistik ini, keputusan menghasilkan siri Omar & Hana dalam bahasa Arab untuk memenuhi permintaan peminat yang semakin meningkat adalah langkah seterusnya yang terbaik.

Terdapat juga permintaan muzik instrumental yang berdasarkan budaya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk digunakan. Pendekatan ini dilihat sebagai satu kejayaan berdasarkan pencapaian untuk saluran YouTube versi bahasa Arab Omar & Hana.

Penerbit siri animasi Omar & Hana, Fadilah A. Rahman berkata, pihaknya mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton Arab untuk siri animasi Omar & Hana dalam bahasa Inggeris.

Selain itu katanya, ada juga permintaan untuk kandungan siri animasi tersebut dalam bahasa Arab, terutama sokongan dari rantau MENA.

“Terima kasih kerana menyokong Omar & Hana bahasa Arab ini. Kami berharap agar dapat terus menyebarkan nilai-nilai murni ke seluruh dunia melalui kandungan Omar & Hana. Teruskan menonton dan jangan lupa untuk melanggan saluran rasmi YouTube Omar & Hana,” katanya.

Video Omar & Hana versi bahasa Arab ditonton oleh kanak-kanak serata dunia dari lebih 50 negara, terutamanya di Arab Saudi, Turki, Iraq, Mesir dan Algeria.

Bahasa Arab merupakan bahasa keempat yang diterbitkan oleh Digital Durian bagi Omar & Hana, diikuti oleh bahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia.  Sukacita dimaklumkan, penerbitan Omar & Hana dalam bahasa Urdu bakal disiarkan tidak lama lagi.

Animasi ini juga mendapat sambutan hangat di Indonesia.

Siri animasi Omar & Hana bersiaran setiap Jumaat, pukul 11 pagi di Astro Ceria. Kesemua episod Omar & Hana juga boleh distrim secara eksklusif bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO.

Untuk maklumat lanjut mengenai Omar & Hana, layari www.omarhana.com.

BebasNews.

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here