PETALING JAYA: Perhimpunan Agung Umno, yang bakal menentukan hubungan parti itu dengan PPBM dalam Perikatan Nasional, akan diadakan pada 27 dan 28 Mac ini, kata Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Ahmad berkata, perhimpunan itu akan diadakan secara bersemuka dan maya dengan mematuhi segala SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lapor Bernama.

Pada 18 Januari lalu, Ahmad berkata, Perhimpunan Agung Umno tahun ini yang dijadualkan berlangsung 30 dan 31 Januari lalu terpaksa ditangguhkan susulan perisytiharan darurat dan pelaksanaan PKP.

Pada 7 Januari lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dilaporkan memutuskan usul menamatkan hubungan dengan PPBM dan mempertahankan kerjasama dengan PAS akan dibawa ke perhimpunan agung parti itu, seperti diperuntukkan dalam perlembagaan Umno.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here