Pemain golf terkenal, Tiger Woods terpaksa menjalani pembedahan setelah ‘cedera teruk’ pada bahagian kaki selepas keretanya terlibat dalam kemalangan di Los Angeles, California.

Jabatan Sheriff LA County berkata, juara utama dunia sebanyak 15 kali itu telah dibawa keluar dari kenderaannya yang dipercayai hilang kawalan dan terbalik berkali-kali, lapor BBC Woods berada di Riviera Country Club di LA pada hujung minggu sebagai tuan rumah kejohanan Genesis Invitational.

Ejen Woods, Mark Steinberg berkata: “Dia kini dalam pembedahan dan kami mengucapkan terima kasih atas privasi dan sokongan anda.”

Menurut kenyataan Jabatan Sheriff Daerah LA, kejadian berlaku di sempadan Rolling Hills Estates dan Rancho Palos Verdes” pada hari Selasa pagi waktu tempatan.

Ia menambahkan: “Woods dikeluarkan dari bangkai kereta oleh anggota bomba dan paramedik Los Angeles County, sebelum dibawa ke hospital tempatan dengan ambulans kerana cedera.”

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here