PUTRAJAYA —Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Abdul Aziz Jusoh berkata, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam sudah menyerahkan keputusannya mengenai status fahaman “Ibu Yati” yang dikatakan sesat untuk ditentukan Majlis Raja-Raja.

Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-118 minggu lalu.

“Setakat ini, saya tidak boleh mendedahkan keputusan muzakarah dan kita tunggu keputusan Majlis Raja-Raja Melayu,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Covid-19 dan pelepasan konvoi bantuan bencana pasca banjir ke Kelantan, oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad.

Pada 2 Feb, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat, dilapor berkata Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman sedang menyiasat kes membabitkan seorang wanita yang dikenali sebagai Ibu Yati yang didakwa membawa fahaman sesat.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan dilapor menasihatkan orang ramai tidak terpengaruh dengan fahaman itu yang didakwa menggunakan lafaz syahadah pelik.

Ibu Yati atau nama penuhnya, Wan Noor Hayati Wan Alias adalah bekas wartawan Berita Harian yang pernah memenangi Anugerah Kajai tahun 2014, Tokoh Wartawan Rakyat tahun 2016 dan 22 lagi pengiktirafan daripada pelbagai pihak terhadap sumbangannya dalam dunia kewartawanan.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/24/majlis-raja-raja-akan-putuskan-status-fahaman-ibu-yati-kata-jakim/

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here