Oleh Azizi Ahmad

RAMAI memang tahu, bukan selalunya mudah melakukan perkara yang betul. Malah, kadang kala sukar untuk mengetahui apakah perkara yang betul.

Pengalaman peribadi yang buruk dan persekitaran kerja yang penuh tekanan menjadikan pemikiran jangka panjang dan moral peribadi menjadi tercabar untuk dilaksanakan secara konsisten, atau mungkin tidak sama sekali.

Kehidupan berlalu, (datang dan pergi) kepada kita dengan pantas. Kita dengan pantas memberikan reaksi kepada pengalaman hidup dengan memilihkan apa yang paling tidak menyakitkan pada masa tersebut.

Kita sering memilih menghilangkan rasa tidak selesa yang bersifat sementara dengan keputusan yang membolehkan anda berlepas diri buat sementara daripada masalah tersebut. Tetapi selalunya, keputusan pantas merupakan seuatu yang silap.

Sesuatu yang mudah diputuskan boleh jadi keputusan yang salah. Berada dalam keadaan yang terpaksa menyebabkan menyebabkan anda lebih sukar membuat keputusan yang tepat. Anda tidak mampu berfikir lurus.

Pandangan anda terhadap keadaan yang berlaku seringkali tergelincir daripada ketetapan. Oleh itu, pentingnya membuat keputusan yang tepat.

Kebenaran yang sebenar adalah apa yang berlaku ke atas kehidupan anda , merupakan hasil daripada keputusan langsung dari semua keputusan jangka pendek yang luar biasa, (yang tertekan, yang menyakitkan); yang anda buat pada setiap keadaan dan masa.

Setiap keputusan , menyumbang kepada keputusan yang anda akan hasilkan pada suatu hari, dimana anda mencipta masa depan anda.

Sekiranya anda membuat keputusan yang salah secara konsisten, walaupun yang kecil, anda akan mendapat keputusan yang memalukan dan mendedahkan anda terhadap penipuan yang selama ini anda lakukan.

Sekiranya anda secara konsisten mengambil “jalan mudah” dan menempuh jalan pintas dengan harapan “menjadi cepat kaya”, maka anda akan dapati pada masa depan di mana anda terus miskin, samada mental dan kewangan.

Sekiranya anda menyalahkan orang lain atas kesalahan anda dan enggan membuat pembetulan atau belajar daripada keputusan buruk yang anda buat pada masa lalu, maka hasil hidup anda hanya akan menjadi kesengsaraan dan kesombongan.

Anda akan hanya menjadi siapa yang anda ingin jadi.

Itulah sebabnya melakukan perkara yang betul biasanya akan menjadi perkara yang betul.

Untuk beberapa ketika yang singkat, membuat keputusan yang salah terasa sangat tepat tetapi ia menjadi sesuatu yang dikesali dal;am tempoh yang mendatang.

Buat sahaja perkara yang betul.

Memanglah ia sukar pada masa itu. Tetapi jauh lebih mudah daripada hidup dalam dunia penderitaan dan keperitan yang anda buat dengan pilihan yang buruk dan keputusan yang berpandangan pendek.- BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here