FOTO: WHO.

Oleh Fetty Rara

BELUM pun ditangani secukupnya beberapa varian baharu Covid-19, kini muncul lagi di New York.

Bagi sesetengah orang penularan varian baharu penyakit tersebut di seberang laut seolah-olah tidak bermakna kerana lokasinya amat jauh dari tanah air.

Namun demikian dalam era di mana interaksi dan perjalanan antara negara begitu pantas dan mudah, ia merupakan sesuatu yang perlu diberikan perhatian serius.

Menurut penyelidik, varian yang dikesan di New York itu didapati mempunyai beberapa persamaan dengan varian Afrika Selatan, lapor The New York Post hari ini.

Menjelang pertengahan Februari, varian yang dikenali sebagai B.1526 itu dikesan pada kira-kira 12 peratus sampel virus Covid-19 yang diperoleh di bandar raya New York dan kawasan sekitar.

Kumpulan pengkaji di Columbia University Vangelos College of Physicians and Surgeons berkata penelitian beberapa pangkalan data awam mendapati tidak banyak kes jangkitan varian Afrika Selatan atau varian Brazil Covid-19 di wilayah tersebut.

Penolong Profesor bahagian penyakit berjangkit berkata mereka sebaliknya mengesan kes varian baharu dalam jumlah yang tinggi.

Kajian selanjutnya juga mendapati bahawa varian tersebut dipercayai boleh menular lebih mudah berbanding varian lain.

Varian B.1526 juga diperincikan dalam kertas kajian mingguan terbitan California Institute of Technology.

Setakat ini hasil kedua-dua kajian itu belum disemak oleh pakar luar.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here