Dr Sim Kui Hian.

KUCHING — Majlis perhimpunan sempena sambutan Tahun Baharu Cina adalah faktor utama lonjakan kes Covid-19 di Kuching dan Samarahan, menurut Dr Sim Kui Hian.

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan negeri itu berkata, pengesanan kontak sepanjang dua minggu ini menunjukkan perhimpunan sosial di bistro, restoran dan kediaman peribadi sempena perayaan itu adalah penyumbang utama kes yang dilaporkan baru-baru ini.

“Esok (Jumaat) adalah Chap Goh Mei, hari terakhir perayaan Tahun Baharu Cina,” kata beliau di Facebook.

“Ia akan menjadi satu lagi acara ‘panas’ untuk penyebaran Covid-19. Oleh itu, penting untuk terus mematuhi prosedur operasi standard dengan ketat.”

Sim berkata, setiap etnik berdepan risiko kerana kes positif berulang kali dikesan dalam acara sosio kebudayaan yang berkaitan dengan perhimpunan besar.

Semalam, Sarawak mencatat rekod 353 kes baharu Covid-19, melepasi angka 300 buat pertama kalinya sejak bermula wabak itu, dengan 25 kluster aktif. Angka harian tertinggi sebelum ini adalah 229 pada 22 Jan.

Sim juga menasihatkan mereka yang berasa tidak sihat untuk tidak pergi bekerja kerana bilangan kluster berkaitan tempat kerja semakin meningkat.

Beliau berkata, majikan harus digalakkan untuk membenarkan pekerja tidak hadir di tempat kerja dan memastikan mereka menjalani ujian calitan.

“Ini adalah cara untuk melindungi tempat kerja mereka dan mengelakkan gangguan kepada operasi pekerjaan,” katanya.

https://bit.ly/2NUEFe2

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here