ISU BUTTERGATE…Penternak di Kanada dinasihat tidak lagi guna bahan makanan berasaskan lemak sawit sebagai bahan diet tambahan untuk ternakan mereka setelah pengemar makanan mendakwa tindakan itu menjejaskan pembuatan mentega tempatan.

Dairy Farmers of Canada (DFA), kumpulan tenusu Kanada telah membentuk sebuah panel pakar untuk meneliti perkara tersebut dan pengeluar susunya yang digunakan untuk menghasilkan mentega diminta supaya menghentikan amalan berkenaan.

Pakar berkata banyak faktor yang menentukan mutu mentega bukan hanya disebabkan oleh lemak sawit.

Kontroversi berkaitan mentega atau ‘buttergate’ di Kanada timbul berikutan meningkatnya permintaan terhadap bahan penghasilan makanan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan sepanjang pandemik Covid-19.

Penternak lembu susu diminta menimbang pilihan lain ketika penyiasatan mengenainya dilakukan sebagai mengekalkan keyakinan terhadap produk tenusi di seluruh Kanada.

Pemberian makanan diet tambahan berasaskan lemak sawit kepada lembu susu telah menjadi amalan sejak sedekad lalu bertujuan meningkatkan pengeluaran susu lembu dan kandungan lemaknya.

Tidak banyak penyelidikan yang yang dilakukan untuk memastikan impak sebenar lemak sawit dalam susu lembu. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here