ISU soalan peperiksaan sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bocor bukan baharu dan sehingga kini pihak Kementerian Pendidikan masih belum mengeluarkan sebarang maklumbalas mengenai perkara ini.

Malang sekali perkara itu berlaku ketika kesemua dan guru benar-benar tertekan setelah berdepan dengan pelbagai masalah pembelajaran yang membebankan akibat pandemik Covid-19. Malah, pengulangan untuk peperiksaan kertas berkenaan pastinya dipandang sepi oleh para pelajar yang mengambil sikap tidak lagi peduli.

Pelajar tidak lagi sanggup untuk mendudukinya. Apa yang dibimbangi perkara yang berlaku hanyalah ‘a tip pf the iceberg’. Kita tidaklah meminta lebih banyak lagi kebocoran yang berlaku, tetapi perkara tetap.

Tambahan pula, ramai ibu bapa, pelajar, guru, dan pentadbir mengukur kejayaan mereka berhubung dengan mata pelajaran yang menjadi lokasi manipulasi akademik oleh pelbagai pihak yang berkepentingan.

Setuju atau tidak semua matapelajaran peperiksaan adalah penting. Pihak yang membocorkannya sebenarnya berdepan dengan ketakutan terhadap prestasi. Ramai pelajar, guru, dan ibu bapa menderita dari ini, dan tanpa disedari menjadi sebahagian daripada pihaknya yang membahayakan integriti peperiksaan.

Tenyata korupsi terus berleluasa , tidak hanya dalam pendidikan, tetapi di mana-mana , jadi mengapa semua harus menderita?

Kita tidak melihat wujudnya jaminan bahawa kebocoran itu tidak akan berlaku lagi, dan mungkin lebih banyak guru dan pelajar yang menangguk untung kerana kita sekarang berada dalam era digital. Ini menjadikan kebocoran lebih mudah berlaku.

Isu ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia mempunyai kaitan serius dengan kredibiliti sistem peperiksaan, dan para guru dan pihak berkaitan harus berfikir di luar diri mereka dan mengorbankan integriti pendidikan berdasarkan perbezaan peribadi.

Tindakan membosorkan kertas peperiksaan merupakan sesuatu pelakuan aib, bukan hanya dari segi tingkah laku pelakunya, tetapi kerana ia mencerminkan tahap tidak bermoral yang serupa dalam kalangan masyarakat .

Apa jenis salahlaku, (dalam bentuk apa pun) adalah tidak beretika dan tidak boleh ditoleransi pada tahap mana pun.

Institusi Pengajian Tinggi yang menerima kemasukan baharu, turut akan curiga terhadap pelajar-pelajar SPM yang mendapat kelulusan tinggi, sementara mereka yang tidak terlibat juga tidak kurang rugi dan mungkin dinafikan kemasukan ke universiti.

Sehubungan itu, tindakan membocorkan soalan peperiksaan merugikan banyak pihak, tidak membawa sebarang erti kepada pencapaian pelajar yang mengetahuinya meskipun markah yang diperoleh benar-benar cemerlang. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here