Friday, April 16, 2021
Home Agama SOP ketat bakal dikenakan Arab Saudi kepada jemaah umrah

SOP ketat bakal dikenakan Arab Saudi kepada jemaah umrah

208
0
KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji pelbagai aspek sebelum membenarkan rakyat Malaysia ke luar negara termasuk bagi menunaikan ibadah umrah.
Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata, pihaknya bersedia menghadapi sebarang peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.
Berikut adalah antara SOP untuk bakal jemaah umrah yang beliau dedahkan:
1. Mendapat izin untuk ke luar negara.
2. Selain visa umrah, pasport dan dokumen berkaitan lain, jemaah perlu tunjuk keputusan negatif ujian PCR COVID-19 ketika check-in di lapangan terbang. Ujian diambil tidak lebih 72 jam sebelum berangkat.
3. Jemaah perlu muat turun sekurang-kurangnya satu aplikasi sebelum berangkat; disarankan aplikasi Tawakkkalna yang mirip MySejahtera dan dikelolakan National Information Centre Arab Saudi.
4. Memakai pelitup muka sepanjang masa di dalam pesawat.
5. Serah borang pengisytiharan kesihatan di kaunter Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk petugas memeriksa keputusan ujian PCR COVID-19.
7. Muatan bas tidak lebih 25 penumpang atau 50 peratus kapasiti penuh penumpang.
8. Setibanya di hotel penginapan, jemaah perlu jalani kuarantin tiga hari dalam bilik tanpa keluar ke mana-mana. Makanan akan dihantar ke bilik.
9. Selepas dua hari, jemaah perlu jalani ujian PCR yang dijalankan oleh pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi.
10. Jika keputusan negatif, jemaah dibenar mula mengerjakan ibadah umrah.
Ahmad Ruzman menghuraikan peraturan dan SOP baharu itu semasa program Agenda AWANI yang dikendalikan melalui Skype malam tadi.
– Astro Awani
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

UTAMA