KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 2,253 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini.

Kebanyakan kes masih dilaporkan di Lembah Klang, iaitu 33.5 peratus daripada keseluruhan kes (Selangor dengan 633 kes dan Kuala Lumpur dengan 122 kes). Pada masa sama terdapat peningkatan di Perak (545 kes atau 242 peratus).

Kes baharu di Perak adalah tertinggi di negeri itu sejak peningkatan mendadak pada 21 Februari lalu, dengan 1,215 kes. Sejak itu, purata kes baharu di Perak adalah 262 kes.

Pada masa sama, bilangan kes aktif kekal menurun dan kini pada kadar sebelum pengisytiharan darurat.

https://bit.ly/3uy5FAX
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here