Oleh Arrazaq Nazri

PUTRAJAYA- Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bagi sesi petang dilewatkan 15 minit kepada 2.15 petang mulai Isnin ini hingga 25 Mac ini.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) berkata, berikutan itu juga waktu tamat peperiksaan juga dilanjutkan selama 15 minit.

“Pindaan itu bertujuan memberi ruang dan keselesaan kepada calon berehat, makan dan menunaikan sembahyang sementara menunggu waktu mula peperiksaan bagi sesi petang,” kata LPKPM dalam kenyataannya.

Jelasnya lagi,pindaan terbabit dibuat demi kepentingan dan kebajikan calon bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

SPM 2020 bermula 22 Februari lalu melibatkan 401,105 calon di seluruh negara dan berakhir hujung bulan ini. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here