KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.20 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.90 peratus untuk Simpanan Shariah bagi tahun kewangan 2020.

Jumlah dividen itu lebih tinggi jika dibandingkan dengan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada kadar 4.25 sen seunit seperti diumumkan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Disember lalu.

Bagaimanapun, dividen KWSP bagi tahun 2020 susut sedikit berbanding yang diumumkan bagi 2019 iaitu 5.45 peratus (konvensional) dan 5 peratus (shariah).

Bagi tahun 2020, KWSP secara keseluruhannya mengumumkan agihan dividen berjumlah RM47.64 bilion. Dari jumlah itu RM42.88 bilion merupakan agihan Simpanan Konvensional manakala agihan simpanan Shariah pula sebanyak RM4.76 bilion, lapor Bernama.

Menurut Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, KWSP berupaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk tahun 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik COVID-19 dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.

Beliau berkata, KWSP telah berjaya melindungi simpanan persaraan ahli dengan baik, di samping memenuhi keperluan mendesak untuk mereka menangani cabaran semasa. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here