AZIZUDDIN (duduk, berbaju hitam) bersama skuad sepak takraw Pulau Pinang 1960-an. - Foto infotakraw.com
Oleh Abdul Hafiz Ahmad
[email protected]

BEKAS jurulatih sepak takraw negara, Azizuddin Khan Omar Khan meninggal dunia dipercayai sakit tua pada usia 84 tahun, kira-kira pukul 4 pagi ini.

Allahyarham pernah membimbing skuad negara meraih dua pingat perak acara regu berpasukan dan antara regu serta sebutir pingat gangsa bulatan dalam Sukan Asia Bangkok 1998.

“Allahyarham yang berasal dari Sungai Pinang, Pulau Pinang juga pernah menjadi apit kanan selain pengadil peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

“Sepanjang menjalankan tugas-tugas itu, beliau seorang yang berdisiplin, peramah dan mudah memberikan kerjasama apabila diminta tolong,” kata bekas Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Tan Sri Mohd. Yussof Latiff kepada BebasNews.

Katanya, antara tugas pengadilan yang pernah dijalankannya ialah ketika Kejohanan Kebangsaan Piala Emas Khir Johari pertama pada 1962 dan Piala Tunku Abdul Rahman serta Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965.

MOHD. YUSSOF LATIFF

“Allahyarham juga berpengalaman sebagai pengadil bola sepak dan pernah dianugerahkan Tokoh Sukan Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang),” katanya.

Antara pemain negara yang pernah dibimbingnya ketika Sukan Asia Bangkok 1998 ialah Suhaimi Yusof, Rommi Suhendra Norsal, Mohd. Nasir Ismail, Zabidi Shariff, Jamry Ederis, Zahar Ismail dan Iskandar Arshad. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here