Oleh Fetty Rara

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak supaya masyarakat dunia menyelamatkan berpuluh pelarian Rohingya yang terkandas di laut berhampiran India.

Difahamkan sehingga kini sekurang-kurangnya lapan orang telah meninggal dunia, lapor bbc.com.

Pada tahun lalu sahaja lebih 200 pelarian Rohingya maut di laut setelah menaiki bot-bot untuk melarikan diri ke beberapa kem pelarian di Bangladesh, dan seterusnya mencari kehidupan baharu.

Isu yang mereka hadapi masih sama, iaitu penindasan dan kezaliman di tangan pihak Myanmar sejak 2017.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here