PASAR kembali seak dengan pengunjung dan penjarakan sosial tidak diamalkan.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SETELAH berbulan melaporkan jumlah kes Covid-19 yang rendah, kini beberapa negeri di India kembali berdepan dengan lonjakan serius bagi Februari.

Menurut bbc.com sejak awal bulan ini para doktor di daerah Amravati yang terletak kira-kira 700km dari Mumbai mendapati jumlah jangkitan Covid-19 tiba-tiba melonjak semula.

Kehidupan di kawasan penanaman kapas di bahagian barat negeri Maharashtra itu hampir kembali pulih setelah dicengkam ombak pertama jangkitan pada tahun lalu.

Keredaan menyaksikan wad ICU dan wad-wad biasa hospital kerajaan yang mempunyai 1,600 katil, termasuk beberapa hospital swasta hampir kosong.

Bagaimana pun, keadaan bulan ini berubah dengan tiba-tiba hingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

Daerah Amravati mencatatkan lebih daripada 10,000 kes, dengan lebih 66 kematian akibat Covid-19.

Minggu ini sahaja lebih 1,000 pesakit dirawat, sementara kadar positif telah mencecah dua angka.

Berikutan itu pihak berkuasa tidak ada pilihan selain mengenakan semula perintah ‘lockdown.’

Zon panas dalam daerah didiami lebih lebih 2.5 juta orang ini ialah kawasan-kawasan bandar yang padat dengan penduduk.

Menurut Dr Syamsunder Nikam apa yang berlaku merupakan trend baharu, dan pihaknya belum dapat mengesan punca lonjakan kes begitu tinggi dengan tiba-tiba hingga seluruh anggota keluarga dijangkiti dengan begitu cepat.

Beberapa daerah lain yang berhampiran dengan Amravati juga menyaksikan  kenaikan kadar kes.

Pada Khamis lalu sahaja Maharashtra mencatatkan lebih 9,000 kes dengan 80 kematian, iaitu yang paling tinggi sejak empat bulan lalu.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here