AZMI Jaafar (dua kiri) menerima dokumen kewangan daripada bekas bendahari Cugadas Maghesan. Turut sama ialah Azmi Mohd. Ali (kiri) dan Gerard Denis Singam.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengadil dan Pencatat Kriket Malaysia (ACU & S) yang diketuai oleh peguam Datuk Azmi Mohd. Ali telah menyenaraikan pelbagai kegiatan bagi menampung ketandusan pengadil berpengalaman di negara ini.

Dalam mesyuarat menerusi google meet pada 27 Februari 2021, beliau sendiri mencadangkan kursus kepengadilan untuk ahli-ahli Persatuan Kriket Kelantan.

”Saya juga Presiden Kriket Kelantan akan memastikan pemain dan bekas pemain Kelantan mengharungi sesi ini. Lagi pun kami memiliki beberapa pengadil bertauliah Kelantan untuk membantu seperti Mat Rani (Seman) dan Wan Ridhauddeen (Rashid).”

Dua lagi pengadil dari Kelantan yang berkelulusan antarabangsa ialah Faeiz Redzuan Termizi dan Khairul Izwan Mustapha.

Mesyuarat secara talian itu juga akan bersepakat dengan Persatuan Pengadil Kriket Profesional Sri Lanka (APCUSL) di bawah kepemimpinan pengadil antarabangsa seperti Asoka de Silva.

Dengan membayangkan untuk bergabung dengan APCUSL, Setiausaha ACU & S, Lt. Kol. (B) Gerard Denis Singam ditugaskan mengadakan perbincangan awal mengenai peluang latihan serta pendedahan pengadil dan pencatat serta referi perlawanan Malaysia.

APCUSL pernah mengadakan kursus dan peperiksaan kepada 40 pengadil di negara ini lima tahun lepas dengan sokongan Majlis Sukan Negara. Ia dilangsungkan secara teori dan praktikal selama 10 hari.

”Apa pun kursus tempatan akan digerakkan lebih awal sebelum pendedahan antarabangsa,” katanya.

Beberapa penceramah tempatan seperti Cyril Sen, Batumalai Ramani dan Kalidas Visvanadan juga akan dipelawa untuk menyumbang jika mereka ada kesanggupan.

Sebaik sahaja selesai mesyuarat itu, sesi penyerahan tugas Bendahari ACU & S daripada Cugadas Maghesan kepada Azmi Jaafar diadakan di Jalan Damai, Kuala Lumpur.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here