KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 2,364 kes Covid-19 baharu dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi, dengan 10 lagi kematian dilaporkan.

Selangor kekal sebagai penyumbang kes terbesar dengan 862 kes, diikuti Johor (314), Perak (305), dan seterusnya Sarawak (255).

Unit Rawatan Rapi (ICU) kini menempatkan 1,121 pesakit dengan 99 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Hanya satu kes baharu yang dilaporkan merupakan kes import, selebihnya jangkitan dalam negara.

Seramai 3,320 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang.

https://bit.ly/3uL1phJ
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here