Oleh Yusoff Ahmad Shariff

JUNTA tentera Myanmar berkata mereka telah memecat duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehari selepas beliau meminta dunia membantu mengusir kerajaan tentera yang merampas kuasa di negara itu baru-baru ini.

Dalam ucapan yang penuh emosi itu, Kyaw Moe Tun berkata tiada pihak sepatutnya bekerjasama dengan junta tentera Myanmar sehingga kuasa dikembalikan kepada sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik oleh rakyat.

Semalam (Sabtu) keadaan di negara itu masih tegang susulan tindakan lebih tegas oleh pihak tentera untuk mematahkan tunjuk perasaan anti-junta.

Menurut media tempatan berpuluh penunjuk perasaan ditangkap, sementara di bandar Monwya seorang wanita ditembak.

Myanmar bergolak sejak pihak tentera merampas kuasa dan menahan beberapa pemimpin tinggi kerajaan, termasuk Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here