KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 2,437 kes baharu Covid-19 dan sembilan kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 3,251 pesakit sembuh yang menjadikan 273,417 kes pulih daripada 300,752 kes Covid-19 dengan 1,130 kematian yang direkodkan setakat ini.

Katanya, terdapat 26,205 kes aktif dengan 93 daripada 202 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, beliau berkata, sebanyak 2,435 kes ialah penularan tempatan dan dua lagi kes import.

Katanya, kes penularan tempatan membabitkan 1,226 warganegara dan 1,209 warga asing.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 914 kes, diikuti Johor (340), Kuala Lumpur (337), Perak (287), Sarawak (171), Sabah (134), Pulau Pinang (105), Negeri Sembilan (65), Kelantan (33), Kedah (13), Terengganu (12), Pahang (11), Melaka (10), Putrajaya (3) dan Labuan (2).

Perlis satu-satunya negeri yang tidak melaporkan sebarang kes baharu.

https://bit.ly/300Ev7L
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here