Sebahagian daripada murid-murid Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5, Puchong memulakan sesi sekolah bersemuka pada 1 Mac 2021

KUALA LUMPUR – Murid-murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua di sekolah rendah di seluruh negara memulakan semula sesi persekolahan secara bersemuka selepas ditutup pada 9 November lalu berikutan pandemik Covid-19.

Selain sekolah rendah, Sekolah Vokasional juga dibuka hari ini (1 Mac).

Bagi murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam mereka akan memulakan sesi persekolahan pada 8 Mac manakala sekolah menengah akan bermula pada 4 April bagi di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dan pada 5 April bagi negeri-negeri lain.

Sekolah antarabangsa dan institusi pendidikan swasta akan dibuka semula pada 8 Mac.

BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here