FOTO: Xinhuanet.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

KERAJAAN Israel telah meluluskan cadangan untuk menyuntik berpuluh ribu buruh Palestin setelah dikecam keras kerana hanya menyediakan sejumlah kecil dos kepada penduduk Palestin di wilayah yang didudukinya.

Akhbar The New York Times (NYT) memetik satu kenyataan kementerian pertahanan Israel bahawa beberapa pasukan perubatan akan memulakan program vaksinasi ke atas rakyat Palestin yang memegang permit kerja di wilayah Tebing Barat.

Kira-kira 80,000 rakyat Palestin memegang permit untuk bekerja di Israel, sementara lebih kurang 30,000 lagi mempunyai permit untuk bekerja di kawasan-kawasan penempatan Yahudi.

Kebanyakan mereka terdiri daripada buruh binaan, pekerja ladang, kilang, kedai dan restoran.

Berpuluh ribu lagi rakyat Palestin yang bekerja di Israel tanpa dokumen tidak layak menerima suntikan.

Sejak beberapa minggu lalu isu tanggungjawab Israel ke atas rakyat Palestin di wilayah-wilayah yang didudukinya menjadi perbahasan hangat.

Beberapa kumpulan hak asasi manusia berkata adalah menjadi tanggungjawab Israel di bawah undang-undang antarabangsa untuk memberikan akses vaksinasi sama rata dengan rakyat Israel.

Namun demikian, pihak yang menyokong dasar-dasar Israel berkata di bawah Perjanjian Oslo 1990an pihak kerajaan Palestin bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyatnya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here