Tun Razak dan isteri
Oleh Tan Sri Mohd Yussof Latiff

Hari ini 1 Mac 2021, Isnin genaplah usia yang ke-99 Tahun Allahyarham Tun Abdul Razak
Bin Dato Hussein, Perdana Menteri Malaysia (Ke-2) dan (Ke-4) dan Bapa Pembangunan
Malaysia. Allahyarham Tun Abdul Razak dilahirkan pada 1 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan
Pahang.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri pada zaman awal Negara mencapai Kemerdekaan dan
kemudian sebagai Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak adalah Arkitek
Pembangunan Negara dan pembela kepada Pembangunan Ekonomi Melayu khususnya
Pembangunan Melayu Luar Bandar.

Dasar Pelajaran Negara setelah Negara mencapai Kemerdekaan yang mendaulatkan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta menetapkan satu aliran sekolah iaitu
Sekolah Kebangsaan juga merupakan visi Allahyarham Tun Abdul Razak dengan menamakan

Dasar Pelajaran Negara dengan Laporan Pelajaran Razak.

Begitu juga dasar Kebudayaan Negara yang berteraskan kebudayaan Melayu adalah juga
cetusan cadangan Allahyarham Tun Abdul Razak.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
Perdana Menteri Malaya/Malaysia, Pertama, Allahyarham Tun Abdul Razak cukup setia dan
taat bukan sahaja sebagai Timbalan Perdana Menteri bahkan lebih dari itu iaitu sebagai
bapak dan guru terhadap Allmarhum Tunku.

Sejarah Negara ini, tidak ada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serapat dan
sefahaman di antara kedua- dua seperti Allahyarham Tun dan Almarhum Tunku. Selain
daripada itu, ia berlaku di zaman Allahyarham Tun sebagai Perdana Menteri dan Tun Dr
Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri serta juga semasa Allahyarham Tun Razak,
Perdana Menteri dan Tun Hussein Onn, Timbalan Perdana Menteri dalam tempoh yang
singkat.

Almarhum Tunku pernah mengistiharkan bahawa Almarhum Tunku adalah “Perdana Menteri
yang paling gembira dalam dunia” (I am the most happiest Prime Minister in the world).
Kenyataan ini ialah kerana Almarhum Tunku mendapat seorang Timbalan yang cukup taat
dan setia seperti Allahyarham Tun Abdul Razak.

Dalam sebuah Puisi bertajuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan nukilan
saya sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang Ke-63 pada tahun 2020, saya telah
nukilkan khas 3 rangkap Puisi tersebut bagaimana kehebatan Pimpinan Almarhum Tunku
yang telah dibantu dengan penuh taat dan setia oleh Allahyarham Tun Abdul Razak seperti
berikut:


TUNKU BAPAK KEMERDEKAAN

Kehebatan Kepimpinan Mu,
Dibantu dengan penuh taat dan setia,
Oleh Pembantu Perkasa.

Abdul Razak Hussein,
Wira yang gigih bekerja,
Yang kurang berbicara,
Fikiranya pelita hati,
Tenangnya hulu bicara,
Keningnya seribu akal geliga.

Berdada lapang, panjang fikiranya,
Jernih muka, fasih lidahnya,
Bertutur dan bercakap pada
Yang beradab dan yang bermakna,
Sangat bijak dalam meneka dan bertindak,
Sentiasa cermat awasi dalam memerhati dan lihat,
Tuahnya memiliki Pembantu yang amanah jujur dan hormat.

Sempena Ulang Tahun Yang Ke-99 Allahyarham Tun Abdul Razak marilah kita Rakyat
Malaysia dan Bangsa Melayu khususnya generasi muda Melayu amat wajar mengenang jasa
dan pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai Arkitek Pembangunan Negara dan
Kemajuan dalam Pendidikan dan Ekonomi Bangsa Melayu dan seterusnya berazam untuk
menjadikan Legasi Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai usaha melengkapkan diri bagi
kemajuan Bangsa kita di Negara yang tercinta ini.


Tan Sri Mohd Yussof Latiff merupakan Presiden, Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here