KUALA LUMPUR – Penerima hati pertama, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini meninggal dunia awal pagi tadi selepas dilapor kritikal sejak 14 Februari lalu.

Beliau sebelum ini dimasukkan ke Hospital Selayang apabila dilaporkan tidak sedarkan diri dipercayai akibat berlaku penolakan pada hatinya.

Mohd Afiq Ikmal mencatat sejarah negara apabila menjadi penerima hati pertama di Malaysia pada 1999 selepas menerima hati daripada Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45.

Wan Mohd Hafizam yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Mohd Afiq Ikmal membuat keputusan itu atas dasar kemanusiaan dan mahu membantu pemuda itu yang mengalami masalah hati bengkak ketika usianya 14 bulan.

Keberanian Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang menjadi penderma hati pertama Malaysia itu sekali gus membuka mata dan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan pendermaan organ. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here