Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Majls Agama Islam Selangor berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari lalu berkaitan berhubung petisyen di bawah Artikel 4(3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan bukan satu bentuk pengiktirafan kepada golongan LGBT.

Petisyen tersebut difailkan oleh Iki Putra bin Mubarak, seorang lelaki yang telah dituduh dengan kesalahan cubaan melakukan persetubuhan di luar tabii di bawah Seksyen 28 yang dibaca bersama dengan Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Selangor (1995) (“EJSS”).
Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd.Yusof berkata, keputusan itu bukan satu pengiktirafan sama oleh pihak mahkamah mahupun MAIS.

“Ini kerana perbuatan persetubuhan sejenis atau di luar tabii adalah tetap merupakan suatu kesalahan yang amat serius di sisi agama Islam yang bercanggah dengan ajaran Islam, akhlak, moral dan norma kehidupan masyarakat di Malaysia.”

“Seperti mana yang di firman oleh Allah SWT di dalam Surah al-Syu’ara ayat 165 dan 166 yang bermaksud:

“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu merupakan orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas!

“Allah SWTjuga melaknat sesiapa yang melakukan amalan kaum Nabi Luth (liwat) kerana ia termasuk dalam dosa besar dan termasuk dalam perkara-perkara yang wajib dibendung bagi menjamin kelestarian kesejahteraan masyarakat di negeri ini,” kata beliau.

Abdul Aziz menambah, pihak MAIS telah mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan keputusan mahkamah Persekutuan.

Beliau menjelaskan isu yang dibawa ke hadapan Mahkamah Persekutuan adalah berhubung dengan interpretasi, kesahan dan kesan penggubalan Seksyen 28 EJSS menurut Perlembagaan Persekutuan.

Setelah semua hujahan didengar, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa walaupun perlakuan persetubuhan luar tabii adalah merupakan satu kesalahan yang melanggari perintah agama Islam, tetapi kuasa Dewan Undangan Negeri untuk membuat undang-undang bmengenainya adalah dihadkan oleh klausa pengecualian di dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan pengecualian terhadap perkara-perkara yang termasuk di dalam senarai Persekutuan.

“Oleh yang demikian Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak kompeten untuk menggubal peruntukan Seksyen 28 EJSS dan Seksyen 28 berkenaan telah diputuskan sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan,

“Kesalahan liwat juga diperuntukkan di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan boleh dijatuhi dengan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan rotan.

“Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan ini, pihak MAIS terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan siasatan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh Iki Putra ini diteruskan oleh pihak PDRM berdasarkan peruntukan yang ada di bawah Kanun Tatacara Jenayah,” kata beliau.

KM-Keputusan Mahkamah Persetubuhan Luar Tabii

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here