FOTO: Wikimedia Commons.

Oleh Fetty Rara

KERAJAAN Perancis berkata individu berusia 65 tahun ke atas yang mempunyai penyakit comorbid kini boleh menerima suntikan vaksin AstraZeneca.

Pendirian itu merupakan pembalikan pendirian sebelum ini bahawa vaksin tersebut berbahaya untuk warga emas berusia 65 tahun ke atas, lapor bbc.com.

Bulan lalu negara itu meluluskan penggunaan vaksin tersebut hanya bagi individu berumur 65 tahun ke bawah berikutan data yang didakwa menunjukkan bahawa ia berbahaya kepada mereka.

Vaksin Oxford AstraZeneca digunakan dengan meluas di United Kingdom, tetapi banyak negara anggota Kesatuan Eropah (EU) masih menghadkan kepada individu di bawah usia 65 tahun.

Sekarang, walaupun pihak kawal selia perubatan EU telah meluluskan penggunaannya ke atas semua peringkat umur, namun terpulang kepada masing-masing negara sama ada mahu meneruskan dasar sendiri.

Bercakap melalui TV France 2 semalam, Menteri Kesihatan Perancis Olivier Veran berkata individu yang mempunyai penyakit comorbid boleh mendapatkan vaksin AstraZeneca dari klinik, hospital dan tidak lagi dari farmasi.

Individu berumur 75 ke atas masih ditawarkan vaksin Pfizer atau Moderna di pusat-pusat vaksinasi.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here