FOTO: U.S. Secretary of Defense, CC BY 2.0 , via Wikimedia Commons.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PENULARAN beberapa varian Covid-19 yang amat mudah berjangkit merupakan ancaman terbesar berlaku gelombang keempat di Amerika Syarikat.

Pengarah Pusat Kawalan Penyakit AS (CDC) Dr Rochelle Walensky menyuarakan kebimbangan demikian setelah meneliti data terbaharu Covid-19 di negara itu.

Menurut BBC Dr Rochelle merujuk kepada lebih 70,000 kes sehari yang dicatatkan pada minggu lalu.

Beliau berkata pada masa yang sama lebih 2,000 kematian sehari direkodkan.

Dr Rochelle mengingatkan semua pihak supaya jangan pandang ringan apa yang berlaku kerana pada tahap kritikal ini segala pencapaian positif yang diperoleh selama ini akan menjadi sia-sia kerana varian terbaharu Covid-19 adalah ancaman nyata.

Sekarang ini pelbagai varian Covid-19 telah dikesan, tetapi pakar perubatan lebih memberi penekanan kepada hanya segelintir yang dirasakan lebih mudah berjangkit, termasuk varian yang dikesan di United Kingdom, Afrika Selatan dan Brazil.

Pihak CDC meramalkan bahawa varian B.1.1.7 yang pertama kali dikesan di UK akan muncul sebagai varian utama di AS bagi bulan ini.

Bagi Dr Rochelle turut membimbangkan ialah apabila menyaksikan bahawa beberapa negeri di AS telah mula melonggarkan peraturan yang dicadangkan oleh pakar perubatan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here