FOTO: NSTP.

PERINTAH kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 5 Mac ini, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Perjalanan rentas daerah juga dibenarkan di semua negeri kecuali Sabah – atas permintaan kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun perjalanan rentas negeri kekal dilarang di seluruh negara.

Pada masa sama, penguatkuasaan PKPB kekal di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.

Bagi Melaka, Pahang,Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan, perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) akan dikuatkuasakan, juga bermula 5 Mac ini.

Penguatkuasaan PKPP kekal di Perlis.

https://bit.ly/2NM3Vnc
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here