FOTO: Facebook TMJ.

Abdul Hafiz Ahmad
[email protected]

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan hasrat untuk mengambil alih bekas juara enam kali La Liga Sepanyol, CF Valencia menerusi hantaran terbaharu Twitter, @hrhcrownprinceofjohor.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, “saya mahu meluaskan Empayar saya, melebarkan sayap saya dan menuju ke Cabaran baharu.

“Apa yang Valencia perlukan? Anda perlukan seseorang yang tahu tentang bola sepak, lapar akan Kejayaan, Minat dan Mengerti betapa besarkan Valencia sebagai sebuah Kelab.

“Yang terakhir tetapi tetap penting, saya bukanlah orang yang akan mengubah logo kelab atau tradisi anda. Seperti yang saya katakan terdahulu, saya seorang ahli kerabat Diraja, bukan ahli perniagaan.

“Saya di sini untuk Kegemilangan, Kejayaan dan Sejarah.”

Akhbar Sepanyol, Marca mendakwa pengambilalihan kelab La Liga yang digelar Los murciélagos (Si Kelawar) itu bernilai sekitar €408 juta (RM1.9 bilion).

Kali terakhir Valencia bergelar juara dengan menjulang Copa Del Rey (Piala Raja Sepanyol) pada 2019 namun mereka kini hanya kurang lima mata dari zon penyingkiran.

Kelab ini dimiliki tokoh perniagaan, Peter Lim yang turut mempunyai hubungan akrab dengan TMJ apatah lagi warga Singapura itu pernah menjadi seorang daripada penaja JDT, menurut hantaran laman Facebook Johor Southern Tigers pada 2016.

Akhbar Sepanyol, Marca, mendakwa pengambilalihan pasukan juara enam kali LaLiga itu bernilai sekitar €408 juta (RM1.9 bilion).

Valencia, yang kali terakhir mengecap kejayaan dengan menjulang trofi Copa Del Rey pada 2019, kini hanya dibezakan lima mata daripada zon penyingkiran.

Tunku Ismail menambah dalam Twitter berkenaan, “wang tidak menjadi perangsang saya. Kegemilangan dan sejarah itulah perangsangnya.

“Bukan satu rahsia bahawa saya mencintai bola sepak. Saya amat meminatinya.

“Saya bukan baharu dalam bola sepak. Saya telah mencipta sebuah kelab (JDT FC) yang dari setiap tahun berjuang mengelak penyingkiran kepada sebuah kelab yang unggul.

“Saya sudah memenangi 16 gelaran dalam lapan tahun. Kamilah yang Terbesar di Asia Tenggara dan satu daripada yang terbesar di Asia,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, Tunku Ismail turut menambah, beliau mempunyai dua hari untuk memikirkannya (mengambil alih CF Valencia).

TMJ (kanan) dan rakan karibnya, Peter Lim. – Foto FB JDT.

Antara tokoh perniagaan Malaysia yang pernah memiliki kelab bola sepak asing ialah Tan Sri Vincent Tan.

Pengasas Berjaya Corporation kelahiran Batu Pahat, Johor berusia 69 tahun itu kini memiliki kelab Cardiff City (Wales) dalam Liga Kejuaraan England, KV Kortrijk (Belgium), Los Angeles FC (Amerika Syarikat) dan FK Sarajevo.

Pengasas syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pula pernah memiliki kelab Liga Kejuaraan England, Queens Park Rangers yang pernah kembali ke Liga Perdana England pada 2011 hingga 2013.

Pada April 2016, seorang lagi tokoh perniagaan Malaysia, Datuk Dr. Noordin Ahmad menjadi pemilik baru FC Bari 1908, selepas mengambil alih kepentingan 50 peratus kelab Serie B Itali itu dengan harga 12 juta euro (RM53.159 juta).

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here