KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 1,555 kes Covid-19 baharu dikesan dan enam lagi menjadi korban virus berkenaan.

Kes baharu hari ini melibatkan tiga kes import dan selebihnya jangkitan tempatan.

Ini menjadikan kes keseluruhan yang pernah direkodkan di dalam negara adalah 304,315 dan 1,141 korban keseluruhan.

Unit rawatan rapi menempatkan 204 pesakit, dengan 96 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

https://bit.ly/2MC40sQ

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here