GEORGETOWN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya di Batu Maung, Bayan Lepas pada Rabu.

Mangsa dikenali Sophia Fatehah Wan Farhan Danial.

Nenek mangsa yang hanya dikenali sebagai Wan berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa cucunya itu selepas menerima panggilan daripada anak lelakinya.

“Ketika dihubungi anak lelaki, saya berada di Taiping. Saya terus bergegas dari Taiping ke Hospital Pulau Pinang selepas mengetahui kejadian ini.

“Kami masih terkejut dengan kejadian ini kerana cucu saya sudah lama berada dalam jagaan pengasuh itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada Rabu.

Difahamkan, mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik yang mana, ibu bapanya bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan mengesahkan kejadian tersebut. – Sinar Harian

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here