bulan kapal terbang flight moon

Insan bertuah…Bilionair Jepun Yusaku Maezawa telah mempelawa lapan orang awam dari seluruh dunia untuk menyertainya untuk melakukan perjalanan mengelilingi bulan dalam penerbangan SpaceX Elon Musk.

“Saya mahukan mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang untuk pergi bersama-sama,” katanya dalam video melalui Twitter, di mana dia juga berkongsi pautan ke perincian aplikasi.

Meazawa berkata, beliau akan membayar untuk keseluruhan perjalanan, jadi mereka yang dipilih itu akan terbang secara percuma.

Misi penerbangan yang dikenali sebagai ‘dearMoon’, dijadualkan terbang pada tahun 2023.

Menurut bilionair itu, pemohon yang ingin menyertai beliau perlu memenuhi dua kriteria: mereka hendaklah telah mencapai kemajuan dalam menjalankan apa juga aktiviti yang membantu orang ramai dan masyarakat yang lebih besar dan bersedia untuk menyokong anggota penerbangan yang lain mencapai perkara yang sama,” kata beliau.

Maezawa yang merupakan mogul fesyen dan juga pengumpul barangan seni, menambah, semua tiket penerbangan telah dibelinya dan perjalanan ini merupakan sebuah perjalanan peribadi.

Pada tahun 2018, bilionair itu telah dinamakan sebagai penumpang pertama yang akan terbang mengelilingi bulan menggunakan pesawat SpaceX milik ahli perniagaan terkemuka Elon Musk. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here