Aesos Lai telah menulis 1,200 ungkapan kata-kata motivasi sejak beberapa tahun lalu.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

APA perasaan anda apabila nama tercatat dalam The Malaysia Book of Records (MBR) yang merupakan satu projek dari Malaysia untuk menerbitkan rekod yang ditetapkan atau dipecahkan oleh rakyat tempatan.

Anda ingin nama tercatat dalam MBR? Mudah saja kerana semua itu boleh dimohon dan jika mendapat kelulusan daripada pihak MBR maka nama anda bakal dicatat sebagai pemegang rekod.

Baru-baru ini, Pengurus Operasi, Penyelidikan dan Pemasaran MBR, Edwin Yeoh telah menyerahkan sijil penghargaan kepada seorang usahawan tempatan kerana usaha murninya itu.

Menerima sijil penghargaan daripada wakil MBR, Edwin Yeoh, baru-baru ini.

Individu yang terpilih sebagai pemegang rekod untuk kategori The Most Number of Motivation Quotes Published by Entrepreneur ialah Aesos Lai.

Aesos, 58, menerima sijil penghargaan daripada MBR yang disampaikan oleh Edwin pada 22 Februari lalu di Central Market, Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi, beliau yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di I Love KL Souvenir Sdn. Bhd., itu memberitahu rahsia kejayaannya.

“Saya suka dengan quotes atau ayat-ayat motivasi ni sebab ia ibarat vitamin kepada otak kita. Kalau otak kita sering memikirkan ungkapan yang positif secara tak langsung ia akan memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk lebih berusaha.

Aesos Lai berharap kata-kata motivasi nukilannya dapat memberi inspirasi kepada orang lain.

“Saya mula menulis atau mengumpul  petikan motivasi itu sejak tahun 2010, lebih kurang 11 tahun lalu. Mula-mula ilham datang dari quotes yang saya dapat daripada orang lain melalui WhatsApp atau baca dari internet.

“Namun sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini, banyak quotes datang dari pengalaman sendiri bila bergaul dengan orang ramai, saya dapat banyak idea untuk tulis ungkapan tersebut,” katanya terus terang.

Beliau dipilih dalam kategori tersebut selepas membuat permohonan dan namanya tersenarai di bawah kategori usahawan. Untuk mencatat nama bagi kategori The Most Number of Motivation Quotes Published by Entrepreneur, Aesos telah berjaya menghasilkan 1,200 ungkapan kata-kata motivasi.

Bukan setakat menghasil kata-kata semangat, Aesos Lai juga memuat naik gambar yang dirakam sendiri.

“Sejujurnya, saya berminat untuk menjadi seorang motivator untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada orang ramai. Asalnya, saya memang suka membaca dan mengumpul kata-kata motivasi begitu. Lama-kelamaan, secara semula jadi saya dapat menghasilkan quotes sendiri berdasarkan pengalaman dan pergaulan dengan orang ramai.

“Selain untuk diri sendiri, kata-kata itu saya hasilkan untuk memberi semangat dan inspirasi kepada generasi muda, terutama kalangan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi dan universiti, serta usahawan muda yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan,” jelasnya yang suka berkongsi ungkapan positif di Facebooknya (Aesos Lai) itu.

Antara ungkapan positif yang dihasilkan oleh Aesos Lai.

Beliau bukan setakat memuat naik ungkapan positif tapi juga foto-foto menarik yang dijadikan latar untuk nukilannya itu.

“Kesemua gambar-gambar adalah original yang saya rakam sendiri semasa bercuti. Ada juga yang saya rakam dari lukisan yang saya beli. Bagi saya gambar yang dimuat naik itu menarik perhatian orang untuk membaca kata-kata yang saya hasilkan,” ungkapnya.

Tambah Aesos, bagi memastikan nukilan kata-kata motivasi yang dihasilkannya itu bermanfaat kepada orang ramai, beliau akan menghasilkan e-book atau video foto yang akan dipamerkan di YouTube atau media sosial yang sedia ada di bawah tajuk ALWAYS INSPIRED Series.

Antara kata-kata motivasi yang dihasilkan oleh Aesos adalah seperti berikut:

• Knowledge is power. Innovation is king. Idea is God.
• Kindness is not about the size of your wallet. It’s about the size of your heart.
• We came with nothing and will leave with nothing. Share what you have in between.
• You need to leave the past in order to move into the future.
• Opportunities will only come to those who are ready and prepared.
• Nobody cares about you, unless you can inspire them.
• People don’t improve because they refuse to learn.
• Only awesome people make others awesome.

-BebasNews

Please follow and like us:

1 COMMENT

  1. Congratulations alone is never enough for a very motivational guy like you whose always trying hard inspires others with your quotes are very noble.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here