Hassan A Gani Pg Amir

KOTA KINABALU — Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah menolak surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Sebatik, Hassan Amir Gani yang ditandatangan lebih awal sebelum membuat keputusan meninggalkan parti Warisan untuk menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GPS).

Speaker Datuk Kadzim Yahaya memberitahu sidang akhbar berkata keputusan itu dibuat selepas Hassan menyatakan niatnya untuk tidak mengosongkan kerusi berkenaan dan surat letak jawatan itu adalah terbatal kerana bertentangan dengan undang- undang, lapor Malay Mail.

Menurut undang-undang, surat tanpa tarikh adalah terbatal dan tidak efektif dan mana-mana individu perlu menulis sendiri surat dan menyerahkan kepada Speaker sekiranya mahu meletakkan jawatannya.

Sehubungan itu, Hassan Amir kekal sebagai wakil rakyat Bebas, kata Kadzim
– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here