Pasukan pemantau COVID-19 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang memerhatikan seorang pengunjung yang mencatatkan butiran kehadiran ketika pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di sebuah kedai makan di Jalan Sungai Tiang hari ini. Tinjauan mendapati, orang ramai dilihat mematuhi SOP dengan hanya duduk dua orang pada setiap meja serta menjaga jarak satu meter. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju untuk membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi secara 'dine-in' atau makan di kedai mengikut SOP yang ketat dan menghadkan dua pelanggan pada setiap meja yang bermula hari ini bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. -- fotoBERNAMA

PETALING JAYA – Denda yang dikenakan kerana melanggar peraturan Covid-19 ditentukan mengikut tahap serius kesalahan antara RM100 hingga RM10,000, kata Menteri Undang-undang de facto Takiyuddin Hassan hari ini.

“Pihak berkuasa akan menggunakan budi bicara mereka, ada pedoman,” katanya, walaupun ini tidak dinyatakan dalam Ordinan Darurat,” kata beliau lapor FMT. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here