Oleh Yusoff Ahmad Shariff

TIGA wanita petugas sebuah stesen TV di bandar raya Jalalabad ditembak mati dalam apa yang disifatkan sebagai gelombang terbaharu pembunuhan bersasar.

Menurut laporan, wanita yang berusia di antara 18-20 tahun itu dibunuh dalam dua kejadian berasingan, tapi serentak, lapor bbc.com.

Seorang daripada mereka, bagaimana pun, mengalami kecederaan teruk.

Gelombang pembunuhan yang menyasarkan wartawan, aktivis dan tokoh politik Afghanistan telah menggemparkan negara itu sejak kebelakangan ini.

Ketiga-tiga mangsa itu baharu sahaja menghabiskan persekolahan dan bertugas di bahagian audio stesen swasta, Enikas TV.

Media tempatan berkata seorang daripada mereka yang dikenal pasti sebagai Mursal Wahidi diserang ketika berjalan pulang, sementara rakannya, Shahnaz dan Sadia di lokasi lain, juga ketika dalam perjalanan pulang.

Polis yang berjaya menangkap suspek utama sedang mengesan penyerang-penyerang lain.

Suspek utama ditangkap ketika cuba melarikan diri dan setelah disoal siasat mengaku bahawa dia seorang anggota Taliban.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here