FOTO: MALLEFET, STEVENS AND DUCHATELET.

Oleh Fetty Rara

SAINTIS di New Zealand berkata mereka telah mengesan tiga spesies jerung laut dalam yang bercahaya dalam gelap di perairan negara itu.

Penemuan spesies yang baharu diumumkan semalam itu dikesan di Chatham Rise yang merupakan sebuah  kawasan dasar laut di bahagian timur New Zealand pada Januari tahun lalu, lapor bbc.com.

Seekor daripada jerung tersebut dikenal pasti sebagai spesies ‘kitefin shark’ (jerung sayap layang-layang) kini dianggap sebagai jenis jerung bercahaya paling besar yang mempunyai ukuran sehingga 180sm.

Ciri-ciri pencahayaan turut dikesan pada jerung jenis ‘blackbelly lantern shark’ dan ‘southern lanternshark’.

Walaupun ketiga-tiga spesies itu telah lama diketahui oleh ahli biologi marin, namun penemuan kali ini adalah yang pertama organisma bercahaya dikenal pasti pada badan jerung tersebut.

Menurut penyelidik bahagian badan yang mengeluarkan cahaya mungkin bertujuan untuk membolehkan jerung tersebut menyembunyikan diri daripada pemangsa atau lain-lain ancaman.

Cahaya yang dikeluarkan didapati adalah dari sel-sel pada kulit jerung berkenaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here