Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui sejak hamil dia jarang masuk ke dapur kerana simptom seperti loya dan mudah penat.
“Saya jarang sangat masuk dapur lebih-lebih lagi ketika hamil trimester pertama.

Saya akan loya bila bau minyak atau masakan bergoreng. Tapi Alhamdulilah, kini dah masuk trimester ketiga ni saya sudah mula masuk dapur untuk sediakan makanan Aafiyah atau masak untuk suami jika dia teringin nak makan masakan saya sekali sekala,” katanya yang sedang sarat hamil itu dijangka melahirkan bayi lelaki pada April ini.

Siti berkongsi perkara tersebut ketika sesi temubual bersama media dalam sidang media alam maya Vantage Siti Series 2021 bersama GoShop.
Sementara itu, dia mendedahkan tidak boleh makan makanan pedas sejak kehamilan keduanya kerama mengalami ‘heart burn’ tetapi tidak mengidam macam-macam.

“Jadi kebanyakan makanan saya hanya lah sup dan masakan kampung yang ringkas. Hamil anak lelaki ni pula bezanya saya lebih penat dan banyak simptom ibu hamil saya lebih terasa kini.

“Selain itu, perut saya kini juga lebih besar dan berat naik agak banyak berbanding hamilkan Aafiyah dahulu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Siti berbesar hati apabila sekali lagi diberi peluang untuk berkolaborasi bersama Vantage dalam melancarkan set produk eksklusif khas untuk Go Shop dan berkongsi manfaat memasak dengan lebih mudah dan sihat dengan rakyat Malaysia.

“Sejujurnya, saya cukup teruja apabila memasak dengan menggunakan peralatan Vantage kerana produk ini menawarkan kualiti terbaik yang mana secara tidak langsung memudahkan saya untuk menyediakan masakan yang mudah, sedap dan pada masa yang sama berkhasiat untuk keluarga saya. Tambahan pula, set pinggan mangkuk Vantage juga direka indah dan membuat pengalaman makan saya pada bila-bila masa lebih seronok. Dengan Vantage, Barulah Ada Gaya!,” katanya.

Program Istana Impian Siti akan berlangsung pada 7 Mac depan, 9 pagi di Astro RIA HD (CH104).– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here