FOTO dari media sosial.

KUALA LUMPUR — Sekurang-kurangnya lima orang terperangkap dalam sebuah van setelah jambatan dalam pembinaan runtuh hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu kenyataan berkata mereka menerima panggilan kecemasan tentang kejadian tersebut pada kira-kira pukul 5.58 petang.

Tiga jentera dan dua kenderaan penyelamat kecemasan bersama 23 anggota dikejarkan ke lokasi di MRR2 menghala ke Ampang.

Menurut kenyataan itu lagi siasatan awal menunjukkan bahawa jambatan yang dalam pembinaan itu telah runtuh dan menghempap sebuah van kilang.

Sementara itu Asisten Komisioner Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bandar Raya Zulkefly Yahya berkata sebuah treler yang membawa jentera berat dipercayai telah melanggar sebahagian daripada jambatan yang sedang dibina di Lebuh Raya SUKE.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here