fotoBERNAMA

PEMANDU treler yang menyebabkan runtuhan sebahagian struktur jejantas dalam pembinaan di Lebuh raya Bertingkat Sungau Besi Ulu-Kelang (SUKE) hingga dua individu maut dikesan positif dadah jenis syabu, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Zulkefly Yahya.

Zulkefly berkata, pemandu terbabit yang kini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala 3 mangsa lain kini dirawat di hospital.

“Hasil saringan ujian awal urin di IPD Dang Wangi mendapati pemandu treler positif dadah jenis metamfetamin.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu treler yang melalui Lebuhraya MRR2 apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu berkenaan melanggar kerangka besi pembinaan di jejantas pejalan kaki.

“Ia menyebabkan rusuk keluli bersama dengan perancah besi terjatuh di kedua-dua laluan Lebuhraya MRR2 dan menghempap sebuah van yang bergerak dari laluan Ampang menghala ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkefly berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seksyen berkenaan merupakan suatu kesalahan membabitkan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah hingga menyebabkan kematian.

Dalam kejadian yang berlaku semalam, dua individu maut dan tiga lagi parah selepas sebahagian struktur jejambat dalam pembinaan di SUKE berhadapan Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, runtuh kira-kira 6 petang dan menghempap sebuah van kilang dinaiki lima individu.

Zulkefly berkata, semua mangsa dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kerja ketika kejadian.

Semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu berusia antara 42 tahun hingga 54.

https://bit.ly/30bHv1i
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here