PETALING JAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, berkata keputusan sama ada Umno memutuskan hubungan dengan PPBM, sepatutnya dibuat kepimpinan parti yang akan dipilih tahun ini, bukannya oleh barisan kepimpinan sedia ada.

Ini kerana dasar Umno dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang sepatutnya ditentukan oleh “pemimpin yang memimpin semasa PRU diadakan”, katanya di Facebook.

“Banyak perkara boleh berlaku antara sekarang hingga tempoh Parlimen dibubarkan,” tambah Annuar, mengingatkan penggal semasa boleh berlarutan sehingga 2023.

Bulan lepas, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan semua jawatan dalam parti termasuk yang disandangnya terbuka untuk ditandingi pada pemilihan parti tahun ini.

Tarikh pemilihan belum diumumkan kepada media, namun Umno akan mengadakan perhimpunan agung pada hujung bulan ini.

Pagi tadi, PPBM mengesahkan menerima surat daripada Umno berhubung keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 19 Feb lalu, yang memutuskan tiada kerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum ke-15 dan kebersamaan dalam kerajaan hanya sehingga Parlimen dibubarkan.

– Free Malaysia Today

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here