KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 2,063 kes Covid-19 baharu dikesan berbanding 1,745 kes semalam, manakala lima lagi menjadi korban virus berkenaan.

Kes baharu hari ini melibatkan sembilan kes import dan selebihnya jangkitan tempatan.

Ini menjadikan kes keseluruhan yang pernah direkodkan di dalam negara adalah 307,943 dan 1,153 korban keseluruhan.

Dengan mengambil kira 2,292 lagi pesakit sembuh dan dibenarkan pulang hari ini, kes aktif setakat tengah hari tadi ialah 23,161.

Unit rawatan rapi menempatkan 193 pesakit, dengan 99 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada lima kematian baharu yang dilaporkan hari ini, empat kes adalah di Lembah Klang manakala satu lagi berlaku di Pahang.

Sementara itu KKM juga memaklumkan 14 kluster baharu dikenal pasti pada hari ini, melibatkan 12 kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan komuniti.

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah kluster Lorong Bakau (90 kes), kluster Jalan Kebun Nenas (90 kes), dan Tapak Bina Queens Waterfront (87 kes).

https://bit.ly/3rkccx1

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here