Kuala Lumpur – Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri tidak setuju Nur Sajat, 36, membuat keputusan keluar daripada Islam atau murtad.

Alif yang juga sahabat baik Sajat berkata, dia berharap Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tidak mempermainkan isu murtad kerana akan memberi kesan buruk kepada dirinya nanti.

Sebagai sahabat saya minta Sajat tampil menjernihkan keadaan atau salah faham yang berlaku. Saya percaya dia tidak mempunyai niat untuk keluar Islam. Mungkin kesan pengambilan ubat penenang kerana masalah depresi yang dihadapi membuatkan dia terlepas cakap.

“Saya berharap Sajat menghormati undang-undang. Sejahat-jahat kita sebagai manusia, janganlah pernah terdetik untuk murtad. Pasti ada jalan yang terbaik dan kena berpegang teguh kepada ajaran Islam,” katanya.

Menurut Alif, dia sudah lama tidak berhubung dengan Sajat, namun sentiasa mendoakan agar dia kembali dan menjernihkan keadaan yang berlaku.

“Saya sudah lama tidak menghubungi Sajat. Sebelum ini saya ada berhubung dengannya dan beri nasihat namun dia terus mematikan panggilan.

“Di mana pun Sajat berada sekarang saya berharap dia masih Islam dan dia tampil dengan segera dan menyelesaikan segala isu yang membabitkan dirinya dengan segera. Saya doakan yang terbaik dan berharap orang luar tidak cepat menghukum,” katanya.

Terdahulu Sajat diburu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas dikenakan waran tangkap tanpa jaminan kerana gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya, minggu lalu.

Sejak itu, dia gagal dihubungi bagi mendapatkan komen berhubung pelbagai kontroversi yang terpalit atas dirinya.

Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan pengakuan usahawan itu seolah-oleh berniat menukar agama.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh video itu dimuat naik sama ada ia video baharu atau lama. Video berdurasi 1 minit 48 saat tular di media sosial memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan orang di sekeliling termasuk dengan apa yang berlaku kepadanya.

Ia terus mencetuskan kontroversi sehingga beberapa mufti dan pendakwah memberikan pandangan mereka terhadap perkara ini. – Harian Metro

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here