Photo by Anna Shvets from Pexels

PEMBAZIRAN.. Lebih 900 juta tan makanan dibuang setiap tahun, demikian menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Indeks Sisa Makanan Program Alam Sekitar PBB mendedahkan 17 peratus makanan untuk pelanggan di kedai dan restoren, berakhir dengan dibuang terus ke dalam tong sampah manakala 60 peratus lagi melibatkan makanan yang sediakan di rumah-rumah .

Di United Kingdom, pengenaan perintah kawalan pergerakan telah membantu mengurangkan pembuangan makanan di rumah-rumah.

Laporan itu menyebut pembuangan makanan yang berlaku di seluruh dunia merupakan satu masalah pembaziran yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang dianggarkan sebelum ini, lapor BBC.

Sejumlah 923 juta makanan yang dibazirkan setiap tahun cukup untuk mengisi 23 juta trak seberat 40 tan. Jika setiap trak berkenaan disusun satu per satu mengelilingi bumi, jumlah itu mewakili sebanyak tujuh kali pusingan. – BebasNews

Please follow and like us:

1 COMMENT

  1. Terlalu banyak makanan baik di rumah mahu pun di kedai kedai makan yang dibuang begitu saja. Padahal tahukah kita betapa ramainya orang miskin serta fakir yang makan hanya sekali sehari itu pun ada yang tidak berlauk pun. Apakah pemerintah khususnya local authorities tidak boleh sediakan tempat di mana sesiapa saja yang rasa ada berlebihan makanan boleh menghantar makanan demikian itu supata boleh di agehkan kepada fakir miskin yang memerlukan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here