Sivasubramaniam & Paul Yong Choo Kiong - Foto Sinar Harian

IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mengesahkan dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mereka ialah ADUN Buntong, S Sivasubramaniam dan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.

Perkara itu disahkan Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin selepas berita mengenai penyertaan dua bekas wakil rakyat DAP itu tular di media sosial.

“Ya, borang penyertaan mereka telah diterima pada Disember tahun 2020 sebagai ahli bersekutu Bersatu melibatlan YB Paul Yong di Bahagian Batu Gajah manakala YB Sivasubramaniam di Bahagian Ipoh Barat,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sivasubramaniam pada 26 Jun tahun lalu menyertai Gerakan selepas meninggal DAP berikutan pertukaran kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) di Perak manakala Paul Yong pula menjadi ADUN bebas selepas keluar dari DAP bersama-sama Sivasubramaniam.

https://www.sinarharian.com.my/article/126962/BERITA/Politik/Dua-bekas-ADUN-DAP-Perak-sertai-Bersatu

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here