Presiden MIC SA Vigneswaran - Foto Bernama

PUTRAJAYA: “Buat apa kamu tanya saya. Tanyalah Ahmad Zahid Hamidi sendiri kenapa dia keluarkan kenyataan macam itu?”

Itu respon Presiden MIC SA Vigneswaran, apabila ditanya wartawan tindakan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu mengeluarkan kenyataan bahawa gabungan itu mahukan sidang Parlimen diadakan segera.

Pada Rabu lalu, Majlis Tertinggi BN membincangkan titah Yang di-Pertuan Agong, sebelum ini berhubung status sidang Parlimen semasa tempoh darurat.

“Dalam mesyuarat berkenaan kita juga bersetuju untuk meneruskan kerjasama dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Sebab itulah saya terkejut apabila membaca kenyataan Pengerusi BN kepada media kononnya BN membuat ketetapan untuk merayu Yang di-Pertua Agong supaya sidang parlimen diadakan secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, media memetik Zahid sebagai berkata BN merayu kepada Agong untuk menitahkan sidang Parlimen diadakan dengan kadar segera.

Vigneswaran berkata hanya Zahid boleh menjawab kenapa beliau mengeluarkan kenyataan itu walaupun ada persetujuan pada mesyuarat BN untuk tidak berbuat demikian.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/05/titah-agong-lain-keputusan-bn-lain-pula-kenyataan-zahid-kata-presiden-mic/

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here