Oleh Fetty Rara

RIBUAN penduduk Mandalay semalam berhimpun untuk memberikan penghormatan terakhir kepada seorang remaja perempuan yang mati ditembak oleh polis ketika tunjuk perasaan kelmarin.

Kyal Sin, 19 tahun yang memakai baju tertera slogan ‘ Segala-galanya akan Ok’ ketika dibunuh menerima ribuan penghargaan di media sosial, termasuk yang memberikan gelaran wira di atas pengorbanan beliau, lapor bbc.com.

Ribuan orang ramai berbaris dalam solidariti di jalan raya untuk memberikan penghormatan terakhir pada Khamis. Ada yang turut menyanyikan lagu-lagu revolusioner dan melaungkan slogan anti-rampasan kuasa.

Dalam pada itu imej Kyal yang memakai baju-T ‘Segala-galanya akan OK’ menjadi tular dalam media sosial.

Yang menjentik hati orang ramai ialah kerana walaupun masih remaja, Kyal begitu berani menyertai protes seolah-olah telah menjangkakan ajal yang menunggu kerana sebelum itu beliau telah memuat naik butiran tentang jenis darah dan meminta supaya sekiranya apa berlaku organ dalamannya hendaklah didermakan kepada sesiapa yang perlu.

Myat Thu, seorang penunjuk perasaan yang bersama beliau sebelum ditembak mati berkata Kyal telah membantu menendang paip air bagi memudahkan mereka yang terkena gas pemedih mata membasuh muka. Beliau juga membantunya ketika polis mula melepaskan tembakan.

Setakat ini lebih 54 orang terbunuh sejak tunjuk perasaan anti-rampasan kuasa bermula pada 1 Februari lalu.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here