Wajah comel Isaac Raees anak Zahirah dan Aiman Hakim mendapat perhatian ramai.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

BARU tiga post saja sejak dimuat naik, dua jam lalu, Instagram @isaacraees milik anak sulung pasangan Zahirah Mac Wilson dan Aiman Hakim sudah berjaya mengumpul pengikut sehingga 27.2K.

Rupa-rupanya ramai yang tak sabar nak melihat wajah comel Isaac Raees Aiman Hakim yang dilahirkan pada 5 Januari 2021. Hari ini buat pertama kalinya, Zahirah menayangkan wajah anaknya secara terbuka.

Baru berusia dua bulan Isaac Raees sudah ada Instagram yang diurus oleh Zahirah dan Aiman.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik dalam Instagram miliknya (zahirahmacwilson), pelakon Curi-Curi Cinta itu menyatakan rasa gembiranya dengan kehadiran Isaac.

Zahirah berharap anaknya yang kini berusia dua bulan itu akan membesar sebagai anak yang alim, baik hati dan penyayang.

Kehadiran Isaac Raees menceriakan lagi kehidupan pasangan suami isteri ini.

“Happiest 2-month-old my son @isaacraees. Daddy and mummy will forever love you endlessly. We hope you will become a pious child, kind-hearted and loving. Don’t grow too fast okey,” tulisnya dalam Instagram hari ini (5 Februari).

Lesung pipit Isaac Raees memikat hati.
Foto Isaac Raees yang dimuat naik dalam Instagram Maslinda Yusoff, ibu Zahirah.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here