Rosniwati Beharom, anak jati Seri Manjung, Perak adalah usahawan yang mengeluarkan produk jenama Saapuu.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

JIKA sudah membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan, bukan setakat untung rugi yang perlu difikirkan, malah kita juga perlu kental mengharungi dugaan dari masa ke semasa.

Meskipun orang sering berkata, sembilan daripada 10 rezeki berada pada perniagaan tapi di waktu yang sama, kita harus ingat bahawa rezeki tak datang bergolek tanpa berusaha.

Bagi Rosniwati Beharom, 45, yang merupakan peniaga produk kesihatan kulit jenama Saapuu, segala asam garam perniagaan sudah dilaluinya sejak 2003 hingga kini.

Namun semua itu tidak pernah mematahkan semangat Rosniwati, untuk terus bergiat dalam perniagaan hingga kini boleh berbangga dengan produk sendiri di bawah syarikat Mawar Shazni Sdn. Bhd.

Masalah kulit yang dialami suami, Roshazly Rusali membuatkan Rosniwati tekad untuk memgeluarkan produk Saapuu.

Menurut Rosniwati, objektif utama beliau mengeluarkan produk Saapuu adalah untuk membantu mereka yang mengalami masalah kulit seperti Psoriasis (penyakit kulit yang kronik), ekzema (keradangan kulit), masalah ruam susu dan jangkitan kuman pada kulit.

“Saya terlintas untuk keluarkan produk ini pun sebab suami, Roshazly Rusali (46 tahun). Suami saya ada masalah kulit iaitu penyakit Psoriasis. Disebabkan keberkesanan produk yang digunakan untuk dia maka saya keluarkan produk Saapuu.

“Semuanya bermula apabila kami dapat kesan yang suami mengalami Psoriasis pada tahun 1998. Awalnya, suami sendiri tak menyedari yang itu adalah Psoriasis. Semakin hari kulit dia mengalami kegatalan dan tidak selesa terutamanya bila terkena pancaran matahari atau disebabkan cuaca panas dan berpeluh. Bila keadaan itu berlaku, Psoriasis dia semakin aktif keluar.

“Waktu itu produk yang digunakan memang sesuai untuk kulit suami kerana selepas menggunakannya, kegatalan dan Psoriasis dia telah berkurangan dan tidak lagi asyik menggaru-garu sahaja,” imbas Rosniwati tentang permulaan beliau berniaga Saapuu.

Sebelum berjaya sebagai usahawan produk kesihatan, Rosniwati merupakan tukang jahit dan mempunyai kedai sendiri.

Tambahnya, selepas suami menggunakan produk itu selama beberapa tahun, tercetuslah idea untuk beliau menghasilkan produk Saapuu agar dapat memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya mereka yang menghidap Psoriasis.

Menurut Rosniwati, produk yang digunakan suaminya sebelum ini dibuat secara tradisional dan agak leceh serta mengambil masa untuk membuatnya. Tempohnya juga agak singkat kerana tidak boleh simpan lama dan susah untuk dibawa ke mana-mana.

Selepas berbincang, mereka sepakat untuk mengeluarkan produk tersebut yang telah dipasarkan sejak Jun tahun lalu dan turut dijenamakan semula serta dilancarkan semula sekitar Disember 2020.

“Kami telah bercadang untuk menjual produk secara online dan dengan adanya teknologi Nano yang sedang berkembang pesat pada masa ini, maka terdetiklah kami untuk menghasilkan produk Saapuu yang menggunakan bahan-bahan organik yang saya gunakan sebelum ini untuk rawatan kulit suami saya.

“Produk Saapuu mengandungi pelbagai ramuan asli dan organik antaranya ialah Aloe Vera, Daun Bidara, Curcumin, Minyak Argan serta madu. Produk ini boleh bertahan selama dua tahun dan mudah untuk digunakan dan dibawa ke mana-mana sahaja.

“Tidak perlu was-was kerana produk Saapuu telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah menjalani ujian makmal (lab test),” katanya terus terang.

Selepas 12 tahun berkahwin baru Rosniwati dikurniakan anak selepas melakukan rawatan IVF.

Rosniwati gembira kerana produk Saapuu yang dihasilkan dalam bentuk gel sabun dan gel sapu itu mendapat maklum balas yang baik daripada pengguna, terutamanya mereka yang ada masalah kulit.

“Set rangkaian produk Saapu dihadirkan dalam dua jenis iaitu dalam bentuk gel sabun dan gel sapu. Harga untuk dua produk itu dalam lingkungan harga RM150. Kita juga jual secara berasingan dengan harga istimewa.

“Ada yang anggap harga produk ini mahal di saat situasi pandemik Covid-19. Tapi jika mahu dibandingkan dengan kualiti dan manfaatnya, harga yang ditawarkan cukup berbaloi.

“Malah kita juga mahu terus berusaha melakukan penjenamaan untuk produk ini secara habis habisan. Kalau diizinkan saya sendiri mahu digelar Ratu Saapuu. Kita juga ada strategi menawarkan hadiah termasuk wang tunai untuk stokis, agen, dropship dan pembeli,” katanya penuh semangat.

Meskipun kini perniagaannya berada di puncak, ibu kepada seorang anak yang diperoleh secara IVF itu tetap merendah diri. Bagi Rosniwati, keperitan yang dilalui sebelum ini adalah pembakar semangat untuknya terus berkongsi ilmu dan rezeki dengan orang lain.

Justeru itu kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan atau mahu membeli produk tersebut, sila layari www.saapuu.com

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here