SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sekeras-kerasnya tohmahan daripada gabungan beberapa parti politik kononnya suruhanjaya itu dijadikan ‘senjata politik’ dalam melaksanakan tindakan.

SPRM dalam kenyataan pada Sabtu menegaskan suruhanjaya itu merupakan agensi penyiasatan yang bebas dan sentiasa memastikan tindakannya berlandaskan undang-undang tanpa membabitkan kecenderungan politik.

“Tohmahan tersebut dianggap sebagai tidak berasas serta tidak bertanggungjawab kerana perkara itu boleh menjejaskan imej SPRM sekali gus menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap SPRM,” kata kenyataan tersebut.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Jumaat mendakwa SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan tindakan bagi memberi tekanan kepada ahli-ahli Parlimen, pegawai dan ahli keluarga.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa tindakan tersebut bertujuan memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dari segi prinsip, kami menyokong sebarang tindakan yang berlandaskan hukum dan undang-undang tetapi sebarang penyalahgunaan institusi atau agensi dengan niat untuk mengganggu, menekan atau menakut-nakutkan musuh politik langsung tidak boleh diterima,” kata mereka.

Baca lagi: https://www.sinarharian.com.my/article/127154/BERITA/Semasa/SPRM-nafi-tuduhan-jadi-senjata-politik

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here